Minggu pertama tahun 5

Saturday, September 03, 2016

Rasa seronok sungguh apabila tibanya waktu cuti setelah 5 hari berada di wad. Ya, minggu ini adalah minggu pertama aku mulakan pengalaman bekerja di wad sebagai pelajar tahun akhir perubatan. Hari pertama aku masuk ke wad, 'supervisor' aku Prof Ah-See ambil cuti seminggu. Maka aku terus mula bekerja tanpa sebarang briefing. 

Aku ambil darah, masukkan cannula, clerk in pesakit, buat IDL (surat discharge), buat panggilan etc semualah kerja-kerja doktor muda sedang buat. Walaupun banyak orang yang mengeluh kerja banyak, aku rasa puas. Mungkin sebab aku baru bermula. Mungkin selepas beberapa minggu aku pula yang akan mengeluh. Setakat ini, aku memang enjoy. Tapi gembira juga dapat cuti sebab dapat bangun lambat. Kalau tidak hari-hari pukul 8 pagi sudah ada di hospital.

Selama seminggu ini, staff di hospital sangat baik dan buat aku rasa selesa untuk bekerja. Semangat aku untuk menjadi seorang doktor hadir semula. Sebelum ini secara jujur aku pun tidak pasti perasaan aku untuk menceburi bidang ini. Walaupun dah tahun akhir perubatan, masih banyak lagi persoalan minat yang terlintas. Apa-apa pun aku akan buat yang terbaik mungkin.

Setakat ini sahaja buat masa sekarang.

END

You Might Also Like

0 comments

Izz is interested to hear what you think :) Anything!

Send Izz an email

For any comments and enquiries: izzuddin.nor92@gmail.com

Subscribe